Sektor perladangan di PSB bermula pada 1984 dengan penganugerahan tanah di Ladang Gelung Pepuyu berasaskan tanaman koko sebelum ditukarkan kepada tanaman kelapa sawit pada 1986 dengan keluasan 449.50 hektar.
Ladang Pengurusan PSB
Ladang PSB terdiri daripada 2 kategori iaitu Ladang Kelapa Sawit dan Ladang Kelapa. Model Pembangunan PSB merangkumi kepada lima (5) kategori iaitu Ladang Milik Kumpulan PSB, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB), Al-Musyarakah, Al-Wakalah dan Wakaf
Buah Ladang
0
Ladang Milikan PSB
Ladang Gelung Pepuyu
Ladang Gelung Pepuyu terletak di Changkat Keruing, Perak mula dibangunkan pada tahun 1986.
Ladang PSB Perdana
Ladang PSB Perdana (dahulunya dikenali sebagai Ladang Lekir) dibangunkan pada tahun 1996.
Ladang Labuk Sugut
Ladang Labuk Sugut terletak di Beluran, Sabah telah mula dibangunkan pada tahun 2008.
Ladang Mutiara Ledang
Ladang Mutiara Ledang terletak di Lembah Paitan Sandakan, Sabah yang mula dibangunkan pada 2019.
Ladang Ar-Ridzuan
Ladang Ar-Ridzuan yang terletak di Beruas, Perak telah dibuka pada tahun 2020.
Nurseri Kelapa Sawit
Ladang Ar-Ridzuan adalah satu-satunya ladang milik PSB yang mempunyai nurseri kelapa sawit pada tahun 2022. Ia bertujuan untuk membekal anak benih kelapa sawit kepada ladang-ladang PSB yang lain dan pada masa yang sama untuk dijual kepada pihak luar. Tapak nurseri ini seluas 7.28 hektar.
Projek Rancangan Tanaman Berkelompok (RTB)
RTB Pulau Tiga
RTB Bekas Perajurit & RTB Pasir Salak
RTB Hulu Ijok
RTB Sungai Charok`
Ladang Al-Musyarakah
Ladang usahasama merupakan projek perladangan yang dijalankan dengan agensi tertentu untuk menambah keluasan tanaman sawit serta menambah ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Program usahasama perladangan sawit Trolak Baru bersama PPK Slim River bertujuan meningkatkan produktiviti membuka peluang kepada peladang-peladang kecil menjana pendapatan.
Ladang Al-Wakalah
Ladang yang diwakilkan/dipajakkan bagi pembangunan ladang kelapa sawit.
Ladang Wakaf
Pembangunan Ladang Wakaf merupakan projek usahasama yang dijalankan antara MAIPk dan PSB bertujuan membangunkan wakaf di negeri Perak. Ladang wakaf ini merupakan ladang wakaf pertama di dunia dengan menjadikan pokok sawit sebagai mawquf dan buahnya sebagai manfaat yang disalurkan kepada MAIPk bagi saraan masjid dan sekolah agama di negeri Perak.