๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐ง๐œ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง ๐“๐š๐ข๐ฉ๐ข๐ง๐ 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi. Melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Dan โ€˜Adat Melayu Perak (MAIPk), Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB) telah berjaya membangunkan projek perumahan pertama miliknya di Taiping, Perak.

Konsep Islamik yang diterapkan di dalam reka bentuk dalaman dan pelan susun atur perumahan telah berjaya menarik minat pembeli untuk memiliki unit-unit yang ditawarkan.

ย 

Projek perumahan ini juga telah berjaya disiapkan hampir setahun lebih awal berbanding tarikh perjanjian jual beli bersama para pembelinya.

Hasil daripada kejayaan ini, sebuah Majlis Penyerahan Kunci telah berlangsung pada 23/11/23 yang disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin, Pengerusi Kumpulan PSB.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, YDH Toh Seri Lela Paduka Datoโ€™ Dr Khalid Bin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PSB, Tuan Amirul Hakim bin Abdullah.