Dato’ Seri Haji Husni bin Haji Mohd Hanadzlah telah dilantik sebagai Pengurus Besar.
1984
Perbadanan mengorak langkah dengan menceburi bidang perladangan setelah dianugerahkan sebidang tanah di Gelung Pepuyu, Beruas seluas 449.5 hektar.
1996
Dato’ Haji Ayob Bin Haji Awang dilantik sebagai Pengurus Besar menggantikan Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Haji Mohamad Hanadzlah untuk menerajui Perbadanan.
Pembukaan ladang kelapa sawit kedua di Lekir seluas 427.50 hektar.
1997
Pelancaran Logo Perbadanan.
Perlantikan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan sebagai Pengerusi Perbadanan.
2000
Diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangun dan mengurus projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Kg. Gajah & Hulu Ijok.
2001
Penubuhan anak syarikat iaitu Hospital Ar-Ridzuan (dahulunya dikenali sebagai Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan) bagi memberi rawatan am dan perbidanan khusus untuk rakyat di Negeri Perak.
2003
Perasmian Hospital Ar-Ridzuan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dengan objektif membangun serta memajukan ekonomi dan sosial umat Islam termasuk perkara-perkara yang berkaitan.
2004
Perbadanan diiktiraf Pensijilan ISO versi 9001:2000
2006
Perbadanan mengembangkan sayap mencari peluang-peluang pelaburan baharu dalam perladangan kelapa sawit di Labuk Sugut, Sabah.
<br>
2007
Melalui kerjasama dengan kerajaan Negeri Perak, hasil daripada keuntungan ladang RTB Pulau Tiga, Perbadanan menjalankan aktivitipengagihan dana sebanyak RM200 sebulan kepada200 orang miskin tegar di kawasan Perak Tengah. Sumbangan masih berterusan sehingga kini.
Penyampaian Zakat PKEINPk
2008
Syarikat IDC Jadi Sdn Bhd telah ditubuhkan pada Januari 2008 hasil usahasama Perbadanan dan Rumajadi Sdn Bhd bagi memantau perladangan di Sabah seluas 10,000 ekar.
Pembinaan bangunan Perbadanan yang merupakan projek komersial Greentown Suria secara usahasama dengan pemaju, Anjung Hijau Sdn Bhd. Bangunan ini juga menempatkan Hospital Ar-Ridzuan.
2010
Pengurusan Perbadanan beroperasi di bangunan baru diikuti dengan Hospital Ar-Ridzuan pada tahun berikutnya.
Enakmen Perbadanan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 (Pindaan) 2010 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Rombakan perlantikan Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan.