PKEINPK Properties Sdn Bhd (PPSB) merupakan anak syarikat Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB) yang ditubuhkan pada 12 Ogos 2021.
PPSB bertanggungjawab mengembangkan cabang perniagaan hartanah Kumpulan PSB termasuk pembangunan sebahagian tanah wakaf dan baitulmal milik Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
VISI & MISI
Menjadi syarikat pembangunan hartanah yang berdaya saing di Negeri Perak dengan merancakkan perniagaan pembangunan dan servis perkhidmatan .
VISI
Memacu perniagaan dalam pembangunan dan servis perkhidmatan secara inovatif dan kondusif bagi meningkatkan produktiviti Syarikat.
misi
Previous
Next
Tiga (3) Teras Perniagaan PPSB
Perancangan & Pembangunan Hartanah
Pengurusan Aset & Fasiliti
Pembinaan
Pengurusan Aset & Fasiliti
Perkhidmatan Pembersihan
Pengurusan Bangunan
Perkhidmatan Teknikal &
Penyelenggaraan
Projek Sedang Berjalan
Taman Seri Kasia, Lekir
JUALAN KINI DIBUKA
Nikmati kehidupan sejahtera di kediaman Teres 2 Tingkat yang selesa dan mendamaikan. Reka bentuk ruang yang moden dan praktikal memastikan setiap sudut memenuhi inspirasi rumah impian anda.
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji.
Projek Berjaya Siap
Projek Perumahan Laman Seri Kasia, Taiping, Perak
Projek perumahan pertama ini telah berjaya dijual dalam tempoh proses pembinaan. Reka bentuk dalaman bagi rumah ini adalah berkonsep Islamik. Reka bentuk dalaman yang mengamalkan konsep Islamik di mana kedudukan dapur yang terlindung daripada tetamu serta kedudukan tandas dan bilik air yang berasingan mengikut syariat Islam bagi menjaga kesucian dan kebersihan. Di samping itu, kedudukan arah kiblat juga tidak menghadap tandas bagi memenuhi konsep Islamik ini.
Previous
Next
Projek Rumah Pekerja Ladang
Mereka bentuk dan Membina Rumah Pekerja Ladang jenis kontena dan IBS (Integrated Building System) serta pos pengawal Ladang untuk Ladang RTB Sg. Charok, PSB di Pengkalan Hulu, Perak.
Previous
Next
Projek Menaiktaraf Pejabat PSB di Angsana Mall, Perak
Kerja-kerja menaik taraf yang melibatkan ruang lobi, bilik Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, bilik Ketua Unit, bilik perbincangan, ruang kerja staf, surau, ruang makan, bilik mesyuarat dan bilik fail.
Previous
Next
Pembangunan Rumah Pekerja di Ladang Gelung Pepuyu
Pembinaan Rumah Pekerja jenis kontena yang boleh memuatkan 12 orang dan pembinaan dapur serta tandas menggunakan teknologi IBS (Integrated Building System) bertempat di Ladang Gelung Pepuyu, Beruas.
Previous
Next
Projek Pembangunan Rumah Kelamin di Ladang Kg.Gajah
Pembinaan rumah banglo berkembar sebanyak 6 unit jenis kelamin di Ladang RTB Kg. Gajah, Perak
Previous
Next
Projek Akan Datang
Pembinaan bangunan pejabat dan pusat komersial bersebelahan Kompleks Islam Darul Ridzuan (KIDR), di Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh yang berkeluasan 2.03 ekar.